Saturday, July 3, 2010

isteri! isteri? isteri.....


Kita manusia biasa. Banyak buat dosa, banyak buat pahala juga. Kadang-kadang kita hanya rasa kita baik, dan sentiasa buat baik, buat pahala.... ye ke?ataupun kita ni sebenarnua sentiasa buat jahat dan dapat dosa all the time. Mungkin juga kan. Kalau kita tak bertudung, semasa kita bekerja, maknanya kita sentiasa dalam keadaan berdosa..... so, berdosalah kita sepanjang masa. Dosa pahala bukan macam beri pemarkahan dalam peperiksaan. U can be pinalised for the mistakes that u make, only once, but not the second or the third time. For eg, kalau salah eja masyarakat. Dan ulang ejaan yang sama sepanjang karangan tu, u akan disalahkan sekali aje.... yang lain tak salah lagi. Tapi bab disa dosa dan pahala, kita boleh berdosa sepanjang masa. Malah dosa kecil akhirnya boleh jadi dosa besar jika tak berusaha langsung untuk membaikinya..... kalau buka aurat sepanjang masa, sepanjang masa lah kita berdosa. Besar atau kecilnya dosa itu, Tuhan punya perancangan, u know u have to do something, dan jangan lah kita mati dalam keadaan kita berdosa sokmo... aku pernah dengan ceramah, kalau kita mati dalam keadaan suami kita sayang sangat kat kita, kita boleh masuk syurga... jaga-jagalah suami masing-masing supaya sentiasa sayang kat kita... senyum sokmo dia , siang dan malam.

Orang kata juga, dibelakang seorang yang Berjaya, berdirinya, seorang isteri. Betulke... kalau isteri tak bantu, suami tak Berjaya ke?atau kurang Berjaya. Tapi jarang benar aku dengar suami memmuji isterinya selepas dia mendapat anugerah ke, tokoh2 ke... jawapannya usaha gigih tanpa jemu dan berusaha sedaya upaya .... ada tak orang kata, isterinya menolong dia mengosok baju, suopaya dia sentiasa namapak kemas dan terjaga. Isterinya buat sarapan setiap pagi, sebab suami akan bekerja kuat sepanjang hari hingga lupa makan dan minum.... sarapan itu membantu dia bertenaga sepanjang h ari. Atau pun mungkin isteri memberi idea, kemudian suami mengaplikasi bila dia bekerja.... ialah, kadang-kadang idea- simple pun bernasj uga jika kena pada tempatnya... adatak suami cakap, ini idea isterinya.... tentu tidak., sebab takut dia dikatakan mengikut telunjuk isteri.... pernah jadi pada aku sebenarnya... bebarapa kali, dia menggunakan idea aku, yang pada mulanya dia perlekeh,,,, aje, dengar pun tidak, tapi bila pergi pejabat, idea tu diterima,.... hingga dapat pujian dari pihak atasan, ingat tak dia dari siapa datangnya idea itu.... nak terima kasih kepada isterinya... kirim salam. Isterinya pun tahuu dari orang lain... harammmmm kot dia nak share dengan isterinya, apatah lagi menyebutnya dalam majlis penghargaan.... aduhai.... sian para isteri... ego suami. jadi pada aku juga, masa mula-mula presentation guna power point. aku memang mengajar subjek itu, word procerssing, so power point aku okey lah juga. setakat terbang-terbang, bunyi=bunyi takjadi hal lah. malah buat ia continous tanpa henti pun aku dah belajar buat. so member kita ni ada assignment. aku pun ajarlah sikit-sikit.. apa yang aku tahu, dia buat tak tahu aje.... buat endah tak endah aku ajar. so aku pun ada harga diri, pride... okey lah setakatitu aje lah. satu hari selepas beberapa minggu hal tu berlaku, dia balik dari kelas, tergesa-gesa nak tunjukkan kat aku apa yang kawan dia buat. K.A.W.A.N dia buat. !! la.... aku ingatkan hebat sangatlah.... rupa-rupa tak lebih dari apa yang aku ajar kat dia. in fact, biasa-biasa aje.... aku pandang muka dia yang keriangan macam anak-anak diberi gula. dan aku berkata dalam hati.... ehmmm.. lelaki oh lelaki. kalau ikutkan memang kecik hati... tapi apa kan daya... adakah aku saja dalam dunia ni y ang mengalami hal ini atau ini perbuatan biasa sang suami buat pada isteri. lebih hairan hasil dari kerja orang lain, berbanding dengan isterinya., ntah-ntah... 'kawan' yang lagi satu tak??

No comments:

Post a Comment