Wednesday, December 8, 2010

orang kata.

Oreang kata, bila nak kenduri kendara, suami isteri mesti akan gaduh. bertekak, berseliseh faham... ada aje yang tak kena. dalam beberapa bulan sebelum anakku kawin, aku cuba sedaya upaya tidak berbalah. agaknya suami akupun begitu juga. menelan segala kerenah pasangan. aku tak bersetuju, dia pun ikut tak bersetuju.. aku suka dia suka.... cuba sedaya upaya agar kita tak terusan bertelagah... TAPI..... bila hari sebenar nak jadi, terjadi satu hal.... dia mula meninggalkan aku dalam keputusan-keputusannya. aku jadi keliru, apabila perkara yang kita bincangkan dulu tak menjadi. tak diikuktkan persetujuan terdahulu. berubah. dia berbincang dengan orang lain dan kata-kata aku dah tak menjadi apa-apa. seperti kata2 aku tak lau=ku, dan aku tak tahu apa2. MACAM ORANG BODOH. aku terpinga-pinga akan rupa bentuk majlis aku sendiri.. mengapa ada ni,. mengapa ada itu??? tak bincang dengan saya pun? adakah aku akan setuju? mana pergi kesepakatan kita dulu. tak mahu ada double standard dalam kenduri kita. mengapa ada meja-meja VIP. mengapa VIP2 tu tak boleh duduk di meja biasa? hinggakan aku sendiri tak m ahu ada kelainan dalam hidangan untuk orang sebelah. hanya meja pengantin yang lain sikit. itupun tak perlu grand2. aku cuba sejimat mungkin untuk tidak berlebihan dalam bebelanja tapi dia sendiri....???

ANAK KU KAHWIN SUDAHNYA....


Adakah ini satu permulaan atau pengakhiran... permulaan aku akan kehilangan anak sulong ku, kerana berkahwin. kahwin dengan pilihan hatinya. aku suka. aku gembira. tapi aku juga sedih, risau, sayu, takut..... bermacam perasaan bercampur baur. kenapa? mungkin didikan aku belum mencukupi. adakah dia akan tabah menghadapi masalah rumah tangga. ketidakcukupan wang. aku perlu tolong setiap kali? dia tak mintak tapi, tapi sendiri merasakan dengan gajinya yang tak seberapa, bagaimana dia nak manage kehidupan dia. bolehke dia survive dengan isterinya.... mana nak cari rumah sewa, nak bayar deposit, bayar duit api dan air.... nak isikan rumahnya dengan kelengkapan .. mungkin tak perlu banyak, tapi boleh kah dia menahan nafsu untuk tidak mempunyai kepelbagaian barangan dirumah sperti yang di alami di rumah aku atau mertuanya. serba lengkap dan serba ada.... cukupkah perbelanjaannya nanti, bila sakit pening? nak ke dia datang kepada ku untuk meminta pertolongan? adakah dia akan mencari sumber lain untuk menanmpung perbelanjaannya. atau dia akan mencuri, rasuah, atau sumber lain untuk menambah duit??? aduiiiii, takkut aku dibuatnya. camana hah? aTAU AKU tak perlu risau, takut, sedih, sebab, dia dah besar panjang, dah kawin pun... lantaklah dia nak hidup macamana.... nak makan tak makan, nak pakai baju, tak pakai baju.... duit cukup tak cukup... can i just let it be.... just keep quiet... just.. just.. just.....

Monday, November 15, 2010

Nak percaya, tak nak percaya...


Once bitten twice shy... itu orang kata... takkan dah kena gigit sekali nak kena juga lagi. tapi nampaknya macam tak shy=shy pun.... atau pun memang benar Mahathir kata, melayu mudah lupa. enathlah.. atau aku saja yang merasa. hari ini aku jumpa dia bergambar dengan rakan-rakan lama dari sekolah lama. rupanya dia pergi family day mereka, TANPA bagi tau aku... why? why is it that difficult to tell me, if you are really sincere... why must u go secretly... but sorry to tell u, i found out. am i being paranoid?? with so many things to think about, he manage to slip out and join his friends??? okey, if i were to do the same thing. then what? will it be okay for you. it's easy for u to just walk out and go, and spent hours outside. what if it's me who does that. when i'm angry, just walk the door, wtart the engine.. and just sat by the beach... when my anger simmers down, i walk in, and acted as if nothing has happens... that easy huh??

Monday, September 20, 2010

RAYA DATANG LAGI...

Setiap tahun kita raya..bezanya, bagaimana kita merayakannya... raya in raya out, sama saja tiap tahun.. puasa, raya... masak, masak dan masak. ziarah-ziarah dan ziarah. beza cuma, rumah siapa kita ziarah. makin lama makin kurang rumah yang kita ziarah... sebab kita adalah rumah yang dizaiarah. anak yang dah besar dan tinggal jauh balik rumah kita.... lagipun dah takde Uwan lagi tahun ni. so bezanya tahun ni, aku beraya tanpa Mak. rindu sangat aku pada m ak. apatahlah, mak meninggal dalam bula puasa... pada hari nuzul quran. banyak benda yang aku nak ceritakan pada mak. pasal kawan=kawan, pasal orang tu pasal orang ni... mak dengar tanpa jemu, walaupun dia tak kenal .... tempat aku melepaskan perasaan agar tension aku berkurangan.. tahun ni bila aku jumpa kawan2 mak, aku rasa nak cepat2 balik cerita kat mak, tapi yang ada hanya rumah yang sepi, takde penghuni, sunyi ... dan bisu.... hiba aku.
tahun ni, anak dara aku cakap masa minta maaf, biarlah aku yang menguruskan jenazah dia kalau dia mati... ish nape pulak. kalau boleh semuaorang nak anak-anak diaorag mengurusakan jenazah mak dan ayah mereka dan dalam jangkaan tentula yang tua mati dulu... tapi alasannya, dia tak boleh hidup kalau aku mati dulu.... aduhai... itu kata hati mu nak?? tiada yang lebih membahagiakan dari ayat-ayat sayu dan sendu spt itu di pagi raya.... serta merta aku menjadi sebak.. ya tuhan, syukur alhamdulillah kau kurniakan aku seorang anak perempuan yang menyayangi diriku... tu saja pinta ku.... post aku yang terlewat, tidak dipublish.. ramadhan yang lalu...

Thursday, July 29, 2010

anak-anak

Minggu lepas, anak sulong ku yang dah jadi cikgu, mengeluh... melepaskan perasaannya bagaimana katanya, tidak mempunyai jiwa langsung dalam profesyennya sekarang. dia sedang memberontak. agaknya adalah hal yang berlaku di sekolah, kecewa atau frust dgn kawasn sekerja, tak puashati dengan pentadbiran ke.... so, kata-katanya hangat semacam aje. bunyinya kecewa.... aaahhh sudah, susah hati juga di buatnya. risau aku dibuatnya. katgalah dia dia nak behenti sekarang camana..... sapa nak tolong bagi nasihat ni. agaknya sekarang baru dia menyesal, why is he in this profession. mungkin juga kerana dia dah merasa kerja kat pejabat... dan suasana kerja yang sungguh meriangkan dia. sapa aku nak minta tolong nasihatkan dia ni. nak suroh dia bersabar dan cuba beberapa tahun lagi. tapi career ini bukan kami yang pilih. selepas matrix, dia memohon macam-macam course, tapi dia sangkut y ang ini. biologi dgn ppendidikan. so whose faule is it?? tapi yang aku sedih ni, hatta..... camana aku nak kata kat dia. dalam blog dia, dia kecewa. skrg dia sdng praktikal, agaknya pencapaian dia tak berapa bagus, so mungkin pensyarah dia kritik dia, .. aku baca, dia macam frfust sgt, hinggakan meluahkan ketidaksukaannya.. kesian pulak aku rasa. apa daya ku??? aku nak nasihatkan dia apa???? aku sendiri tgk dia macam aku tak percaya dia nak jadi cikgu. bolehke dia jadi cikgu. aku faham sangat anak2 aku ni, i don't think they are cut out to be teachers... let along good teachers... mungkin makan tahun di akan improve, tapi aku takut dia tak sempat beberapa tahun, di give up, dan menjadi sangat pasif... then what??? i get to get some help from someone else. to reason and to explain ... but who??? i am worried. anak-ank ku, kalau umi dan ayah memaksa anak-anak berbuat sesuatu yang anak tak suka.... tukarlah. carilah peluang lain. umi takkan marah. tapi fikir banyak kali. dan dah dapat baru tukar... baru berhenti jadi cikgu. believe me, percayalah, umi dan ayah, nakkan yang terbaik u ntuk anak-anak. and menjadi cikgu setakat ini, adalah y ang terbaik yang dapat umi dan ayah lakukan... please, if, there is any readers, please, please ... advice...

Saturday, July 3, 2010

isteri! isteri? isteri.....


Kita manusia biasa. Banyak buat dosa, banyak buat pahala juga. Kadang-kadang kita hanya rasa kita baik, dan sentiasa buat baik, buat pahala.... ye ke?ataupun kita ni sebenarnua sentiasa buat jahat dan dapat dosa all the time. Mungkin juga kan. Kalau kita tak bertudung, semasa kita bekerja, maknanya kita sentiasa dalam keadaan berdosa..... so, berdosalah kita sepanjang masa. Dosa pahala bukan macam beri pemarkahan dalam peperiksaan. U can be pinalised for the mistakes that u make, only once, but not the second or the third time. For eg, kalau salah eja masyarakat. Dan ulang ejaan yang sama sepanjang karangan tu, u akan disalahkan sekali aje.... yang lain tak salah lagi. Tapi bab disa dosa dan pahala, kita boleh berdosa sepanjang masa. Malah dosa kecil akhirnya boleh jadi dosa besar jika tak berusaha langsung untuk membaikinya..... kalau buka aurat sepanjang masa, sepanjang masa lah kita berdosa. Besar atau kecilnya dosa itu, Tuhan punya perancangan, u know u have to do something, dan jangan lah kita mati dalam keadaan kita berdosa sokmo... aku pernah dengan ceramah, kalau kita mati dalam keadaan suami kita sayang sangat kat kita, kita boleh masuk syurga... jaga-jagalah suami masing-masing supaya sentiasa sayang kat kita... senyum sokmo dia , siang dan malam.

Orang kata juga, dibelakang seorang yang Berjaya, berdirinya, seorang isteri. Betulke... kalau isteri tak bantu, suami tak Berjaya ke?atau kurang Berjaya. Tapi jarang benar aku dengar suami memmuji isterinya selepas dia mendapat anugerah ke, tokoh2 ke... jawapannya usaha gigih tanpa jemu dan berusaha sedaya upaya .... ada tak orang kata, isterinya menolong dia mengosok baju, suopaya dia sentiasa namapak kemas dan terjaga. Isterinya buat sarapan setiap pagi, sebab suami akan bekerja kuat sepanjang hari hingga lupa makan dan minum.... sarapan itu membantu dia bertenaga sepanjang h ari. Atau pun mungkin isteri memberi idea, kemudian suami mengaplikasi bila dia bekerja.... ialah, kadang-kadang idea- simple pun bernasj uga jika kena pada tempatnya... adatak suami cakap, ini idea isterinya.... tentu tidak., sebab takut dia dikatakan mengikut telunjuk isteri.... pernah jadi pada aku sebenarnya... bebarapa kali, dia menggunakan idea aku, yang pada mulanya dia perlekeh,,,, aje, dengar pun tidak, tapi bila pergi pejabat, idea tu diterima,.... hingga dapat pujian dari pihak atasan, ingat tak dia dari siapa datangnya idea itu.... nak terima kasih kepada isterinya... kirim salam. Isterinya pun tahuu dari orang lain... harammmmm kot dia nak share dengan isterinya, apatah lagi menyebutnya dalam majlis penghargaan.... aduhai.... sian para isteri... ego suami. jadi pada aku juga, masa mula-mula presentation guna power point. aku memang mengajar subjek itu, word procerssing, so power point aku okey lah juga. setakat terbang-terbang, bunyi=bunyi takjadi hal lah. malah buat ia continous tanpa henti pun aku dah belajar buat. so member kita ni ada assignment. aku pun ajarlah sikit-sikit.. apa yang aku tahu, dia buat tak tahu aje.... buat endah tak endah aku ajar. so aku pun ada harga diri, pride... okey lah setakatitu aje lah. satu hari selepas beberapa minggu hal tu berlaku, dia balik dari kelas, tergesa-gesa nak tunjukkan kat aku apa yang kawan dia buat. K.A.W.A.N dia buat. !! la.... aku ingatkan hebat sangatlah.... rupa-rupa tak lebih dari apa yang aku ajar kat dia. in fact, biasa-biasa aje.... aku pandang muka dia yang keriangan macam anak-anak diberi gula. dan aku berkata dalam hati.... ehmmm.. lelaki oh lelaki. kalau ikutkan memang kecik hati... tapi apa kan daya... adakah aku saja dalam dunia ni y ang mengalami hal ini atau ini perbuatan biasa sang suami buat pada isteri. lebih hairan hasil dari kerja orang lain, berbanding dengan isterinya., ntah-ntah... 'kawan' yang lagi satu tak??

Friday, June 18, 2010

SOPAN


Kalau kita kata sopan, termasuk tak pakaian? bukankah pakaian termasuk dalam kesopanan. kalau pakai baju tak cukup kain boleh tak kita kata 'sopan'. atau pakaian adalah fesyen semata. tak kira kita pakai apa, kita berbudi bahasa, hormat pada orang tua, kita di kira sopan tak?. pakai seluar pendek, tapi cakap manis, baik2 aje. maksud aku, perempuan. Aku jumpa semalam, seorang budak perempuan, bukanlah budak sangat dah anak dara, 18 - 19 tahun camtu. pakai suar pendek tutup bawah pusat hingga pangkal peha aje. badan gempal sikit. baju t, baik moto. bab naik moto, tak salah, bab badan gempal, tak salah, bab baju t pun tak salah. tapi suar pendek tu yang aku sikit menyampah. ngapa mesti pakai suar pendek aje. dan dia gerenti dari rumah. tentu mak dia suroh beli itu ini, tapi mak dia tak suroh dia pakai yang elok-elok sikit ke, atau aku yang di tinggalkan dek zaman sebab, mungkin sekarang ini, pakaian begitulah 'fesyen' terkini.
aku rasa aku yang ketinggalan zaman, atau fikiran tak terbuka. sebab, kata diorang, pakaian aje begitu, tapi dia baik. sopan, pandai, entahlah. susah juga nak buat tafsiran. tapi dek sebab aku ini kuno sikit. bagi aku penampilan adalah segala-galanya. u just cannot hide behind an ugly and bad choice of clothing and u call urself good mannered. first impression, the first thing peoplelook at you, of course, your dressing...
had a friend, he bought a girl home to show her to his grandmother, for she is the girl he wishes to get married to.... but she came with a mini skirt. tight t shirt... and know nothing about cooking and any girly kampong stuff... nenek dia tak su dah mengata pasal hal tu sampai berbulan-bulan. kalau sekarang ni kau tanya nenek macamana keadaan tu, aku gerenti nenek masih ingat lagi.... tapi sudahnya, dia jadi j uga menantu nenek, and live happily ever after... she changed alright... really change!
above all, pakaian melambangkan siapa kita. apa y ang kita pakai, itulah kita.... face it man... it;s true.

Sunday, June 13, 2010

DRAMA-KEHIDUPAN


DRAMA TV dan life drama sama tak? mana datangnya drama tv kalau bukan dari life. mungkin di exxagerate sikit to make the drama, dramatik... mungkin leheh=lebeh sikit lah, supaya tangkap lelelh.... ayat pun tengoklah.... teratur aje... cakap baik-baik aje... maklumlah ikut skrip.... kekadang aje ayat =ayat biasa keluar, rosyam nor, sheila rusli ke.. komedi pun banyak yang pakai lanyak aje ayat dia... tak ikut skrip. tapi itu yangbuat orang tergelak. orang tersentuh sebab ayat-ayat tu dari hati. dari perasaan yang luhur. barulah boleh tersentuh hati orang mendengarnya. tapi ieylah... sapalah kita nak mengomen kerja orang yang dah bertahun bergelumang dalam filem memilem ni, drama berdrama ni. tentu dia lebih pandai. kita tulis skrip pun tak pandai... mengata orang pandailah. tapii aku percaya drama tv di adaptasi dari live drama. anak derhaka, pekerja rasuah, suami curang, lagi apa, anak hisap dadah, mertua kejam, bapa garang nak mampos... kan ada di kejiranan kita. so.. life lah tu... tu pasal, anak kita nak lari dari rumah kemudian bertemu dengan jejaka yang baik-baik, ambil jadi isteri..kemudian everything ok. jadi anak-anak macam percaya yang ini akan berlaku juga pada diri dia. baru-baru ni dalam radio, dr love menasihatkan seroang ibu dan anak yang telah bergaduh, anak lari dari rumah, kemudian menyesal. anak minta maaf, ibu tak nak maafkan.... pas dua tiga hari ibu pulak telefon dr love, minta maaf kat anak sebab atak maafkan dia, anak pulah merajuk tak maafkan ibu... aduhai.... apa nie...what is going on .. hai anak-anak ku, sesungguhnya, kasih sayang ibu tak dapat di gambarkan. kalau boleh diberi bulan, bila di pinta, diberi bintang bila di rengekkan.. tapi apa kan daya. hanya sekujur tubuh yang tak berupaya melawan arus saje yang ada untuk dipertaruhkan. kiranya anak mohon lebih dari itu, gantikanlah nyawa yang ada di badan. jgnlah pertikaikan kasih dan sayang ibu, kalau ada lima, lilma bahagian, kalau 12 ada 12 bahagian.. jgn kata, sayang di lebih, sayang yang itu lebih.... kalau bolehh sekujur \tubuh ini dikerat lima, untuk kesamarataan, keratlah,..... drama-drama=drama.... itulah hidup. KEHIDUPAN
sambung esok...

ANAK=ANAK

LIMA ORANG ANAK, lima perangai. rajin, malas, curi tulang, kuat merajuk, berdendam, baik hati, manis mulut, cepat tangan, macam=macam.. baru lima orang. kalau dua belas!!! kekadang heran juga bila orang ada 10 orang anak, tapi semua masuk universiti. berjaya belaka.... camana ye?? semua tu dengan kata ke.... tapi aku rasa, bukandengar kata, tapi pandai-pandai belaka, tapi punya perangai berbeza. i bet mak dia mesti pening kepala melayan. tapi hasilnya semua baik. benih yang memang baik, hasilnya pasti baik. didik anak berasaskan agama, tak boleh sangkal, hasilnya akan jadi baik. mungkin dalam perjalanan untuk menjadi itu, ada ranjau duri, nakal pun ada, mungkin tahap jahat, tapi lama kelamaan, akan baik juga akhirnya. sebab didikan yang sebati dalam dirinya akan menyedarkannya akhirnya. aku yakin tu. kalau anak-anak di tanamkan semangat keislaman, didikan beragama, mendirikan sembahyang lima waktu dengan tekun, aku yakin pengajaran itu melekat dan satu hari dia akan balik ke pangkal ajlan.
wite off dulu.... ada kecemasan.

Friday, June 11, 2010

PERKAHWINAN


Bagaimana perasaan seorang ibu bila si anak dah nak kawin. fenin juga aku memikirkannya... iye ke, betul ke aku dah sampai umur untuk mengahwinkan anak aku. rasa macam baru semalam aku melahirkan, membelai dia, memasak makanann kegemarannya. menghantar di sekolah... merotannya dia, pastu menghantar dia pergi belajar kat U. dah nakkawin./... aku tak bersedia untuk menjadi mak mertua. apakah aku akan j adi mak mertua yang baik, jahat, garang.... ntah. cuma bila fisrt time jumpa kawan dia tu, aku tak tahu nak berperasaan macamana. macam aku dan anak murid ke, dengan kawan-kawan ke.... ntah. rasa suka poun ada juga, sebab lepas tanggungjawab aku nak membasuh, memberi makan dan menjaga pakaian dia. dah ada bini, pandai-pandailah... tapi yang seronoknya sekarang, planning nak kawin tu, nak beli itu,ini, bunga telur, langsir, tilam, katil dan seribu satu perkara lagi.... tapi duitnya.... hemm.. dari kantong akula. camana eh, kalau ibubapa yang tak kerja, duduk kampong, menoreh, tapi dapat mengahwinkan anak dengan gilang gemilang juga... akuni, bersungguh nak berjimat. selama ni pun aku memang tak setuju kad kahwin mahal, goodie bag yang isi entah apa=apa.... orang buang juga. kad kawin sampai 2-3 hinggit poun orang buang juga. bunga telur sampai 5-6 hinggit, orang buat apa... simpan? entahlah, aku dapat bekas-bekas bunga telor tu, kebanyakkannya aku buang.... habih tu nak buat apa? aku suka kalau dapat saputangan, sudu, yang lain-lain tu, entah mana lesapnya.
bila buat surwey kat nilai tia, patut lah orang banyak berbelanja.... ntah apa=apa yang dijadikan door gift... mahal ada murah ada.... begitu banyak kedai yang menawarkan peralatan pengantin, bak kata suami aku dato ngan nenek aje yang tak dijual. bawak aje lah duit dua tiga karong, pun belum tentu puas hati. yang tak best.... semua tokeh kedai tu Cina.... yang beli melayu.... cina tu bila kawin tak pun guna benda-benda tu.... hehehehe....

write again ntah bila2...
bye

Wednesday, June 9, 2010

adil tak adil

Ada orang gembira, orang berduka, ada orang cinta menjadi, ada orang cinta tak menjadi.. ada orang berjaya, ada orang tak berjaya, ada orang kaya, ada orang miskin, ada orang pandai, ada orang tak pandai, ada orang bahagia, ada orang tak bahagia.
sama rumah, sama makan, sama tidor, sama mandi, sama sekolah, sama sama sama semue sama...
TTTTTtapi
ada orang gembira, orang berduka, ada orang cinta menjadi, ada orang cinta tak menjadi.. ada orang berjaya, ada orang tak berjaya, ada orang kaya, ada orang miskin, ada orang pandai, ada orang tak pandai, ada orang bahagia, ada orang tak bahagia.

ada seorang yang ku kenal, masa sekolah dulu, mang aiiii... hansem bukan main... memang hensem giler macam kata anak-anak aku. aku rasa setakat nak tegur dia pun aku tak layak... tapi sekarang.... jual laukpauk tepi jalan. bukanlah hina, ke, tak elok ke., tapi kalau bandingkan masa sekolah dulu... memang idola....lah kepada kebanyakan girls masa tu... kalau pakai kot pengawas tu, masa dia main sukan, aduhai... cam aku kata tadi, nak tegor pun aku tak layak. nak bagi tau zip dia tak tutuppun aku tak leh buat.... tapi ialah.... who says life is fair... but i think that is fairness... he has his share of glamorous world long before others... dan menikmati keindahan remaja sepenuhnya... anyway, bukan aku yang berhak untuk mengatakan dia tak bahagia. itulah kebahagiaan yang sebenar yang dicari kot. mungkin sebelum-sebeum ini harubirukot hidup dia so, he pack his bag, back home he come. sebenarnya dia dah balek lama dah, dekat 10 tahun kot, tapi tiap kali aku nampak dia kat jual-jual tu, tiap kali itulah hati aku akan berkata.... dulu dia punyalah handsome...... dan my mind set mengatakan dia akan menjadi seseorang... bukan menjual lauk pauk. tuhan saja yang tahu tentu hatinya tenang sekarang...(i don't know what makes him come back hometown) tapi sapalah saya untuk men'judge' dia.
but why am i talking about him in this kehidupan? tak tahulah....
anak buah aku lagi sorang.... ada diploma.... bapak dia suroh dia jaga kebun kat hutan pahang. ada kelapa sawit, getah.... bayangkan seorang budak yang baru habis belajar, duduk dalam hutan jaga kebun. tau ajelah bebudak sekarang, internet tak pernah padam.... laptop, handphone, entah apa-apa gadjet lagi sentiasa di tangan, tapi dia sanggup duduk kat hutan tu, bermain dengan monyet, babi hutan... nyamok dan unggas jangan cakaplah... aku memang respek habis kat dia. anak-anak aku jangan haraplah... tentu pengsan, jaga, pengsan jaga... mintak hantar balek rumah. TAKKAN DIa hendak duduk kat kebun tu jaga kelapa sawit, getah, meracun, tanam jagung, ya rasuuuulllll... sejuk perut mak dia. aku suka bebenor bebudak yang cam tu. semangat berbudi dengan tanah. pekerja lari, dia pergi noreh..., dialah juga meracun berekar-ekar... menembak monyet macam koboi... aku seronok betul tengok dia. harapan aku, dia akan berjaya jadi usahawan petani yang gigih. syabas hasbullah!!!.. ngam Helmi juga.....

maklang.