
Aku tak pernah terbayang yang aku akan pergi umrah... walaupun pernah berangan, tapi takut sangat... macam susah sangat dan mahalsangat... mengapa kita tak mahu percaya pada tuhan. percaya maksud aku, kita memang percaya adanya tuhan, kita sembah tuhan, kita selalu sebut, rezeki di tangan tuhan.... tapi, benar-benarkah kita 'PERCAYA' dan bertul2 bersandar pada tuhan. contohnya, mencari barang. adakah yang di pandang sekeliling kita, kita nampak semuanya. kalau betul kita nampak semuanya. tak le kita tertinggal barang, kunci dicari tak jumpa, padahal depan mata aje. beg yang hendak dibawa dah letak tepi pintu, tapi bila keluar rumah, tetap juga tertinggal. kita pernah terfikir tak, pandangan kita adalah apa yang diizinkan allah sahaja. oleh itu, bila kehilangan barang, atau mencari barang yang tersalah letak, berhenti sejenak, duduk dan bertafakur bertanyakan pada ALLAH, ya allah, kau yang berkuasa atas sesuatu, janganlah kau tutup pandanganku dari apa yang perlu aku nampak. sesungguhnya segala pandangan, pendengaran, pertturan, pemikiraan, adalah di bawah kawalan tuhan.... mintaklah pada tuhan. jangan main redah aje cari sana-cari sinidengan sombongnya.... tanyalah pada tuhan....
apa kaitannya dengan pergi umrah ni.?? entahlah.... mengapa dari dulu taknak pergi. dah harga naik sampai rm5000 baru tergerak hati. sejak suami ku bersuara untuk pergi umrah, aku tak berhenti bersyukur bahawa suamiku sebenarnya taklah sekeras hatinya.... kalau dia dah nak pergi umrah itu, aku rasakan suamiku adalah yang lelaki yang terbaik bagi ku. sangkaan ku padanya aku berdoa, adalah salah, dan ssemoga dia kekal selepas balik umrah nanti, dan seterusnya insya allah ke Haji satu hari nanti. aku sukakan perubahan suami ku. dia mula belajar mengaji. bukan dia tak pandai, tapi dah lama tak mengaji, takbaca al quran, tentulah tergagap-gagap, tapi bila dah beberapa kali baca dengan Paman, aku nampak perubahannya. ada kesungguhan dan every determin. aku berdoa, dan berdoa dengan sangat, semuga perubahan ini membawa perkara baik buat dirinya, aku dan keluarga.
pergi umrah. mengapa ya? dulu aku rasa bahawa kalau dah berkemampuan untuk pergi umrah sebenarnya kita dah sepatutnya pergi haji. pernah juga aku mempertahankan pendapat aku sebegitu walaupun bercakap dengan ustaz. tapi bila suami ku menyuarakan hendak pergi umrah, aku tak fikir 2 kali.... hilang pendapatku yang dulu. hati aku terus melonjak.... ya allah, aku hendak ke rumah MU..... hingga ke saat entri ini, aku masih belum menerima VISA dari kedutaan.... adakah aku t..... ya allah... janganlah kau duga hati aku ini dengan kerinduan kepada Baitullah mu. sekarang ini bila tengok gambar-gambar mekah, masjid di madinah, aku dah mula nak sebak. terkadang berlinang air mata. bila betul-betul berhadapan nanti, bagaimana??? ya allah, izinkanlah aku bertandang ke rumah mu ya allah... berikanlah aku peluang ini ya allah...
namun, adakah aku bersedia? doa tak ku hafalkan. sibuk dengan kerja-kerja nak ditinggalkan untuk pelajar di sini. tertib umrah, aku dengar bila suamiku yang membaca buku-buku. dan sememamngnya, suamikulah yang bersungguh-sungguh mencari maklumat mengenai umrah dan ziarah, dan dari dialah aku mendapat info... berbual dengan Ina tadi, baru aku tahu dia akan ke Haji tahun 2013 nanti. dah mula pergi kursus haji. katnya, tahankah kita bila kita di duga nanti. misalnya mulutkita yang celupar ni...bolehkah kita mendiamkan diri bila perkara tak berkenan di hati kita berlaku? lauk tak sedaplah, busuklah, gelaplah... ya allah boleh kah aku menerima segala kekurangan dengan hati yang redho??? bantulah akulah ya allah!! namun aku redho untuk di hukum, sekiranya itulah yang paling sesuai untuk ku, tapi janganlah kau hukum aku dengan hukuman yang tak tertanggung oleh ku.... ya allah, restuilah hambamu yang hendak berubah ini. kuatkanlah semangat dan azamku ya allah...
pembaca: doakan aku selamat pergi dan kembali.