Thursday, July 28, 2011

aduhai... istimewanyaaa..


salam.
semalam aku menyaksikan keajaiban. mungkin tidak pada orang lain taoi aku rasa aku yang istimewa. Pertandingan musabaqah untuk pelajar-pelajar PPKI (buta pekak, lembap pembelajaran dan sewaktu dengannya) namun bukan kecacatan itu penghalang. mereka juga pandai melaungkan azan yang lunak, bercerita dengan bersahaja. apabila aku melangkah ke dalam dewan pertandingan bercerita, rasa macam tak ada orang... tapi keriuhan dan kehangatan dapat ku rasai. masing-masing sibuk bercerita dengan cara bahasa isyarat dan dengan itu menjadikan aku yang ISTIMEWA. Dan aku yang memerhatikan mereka merasa terpesosna... dengan pelbagai cara, mimik muka, gerak tangan dan badan, aku jadi kagum. subhanallah, kau berkuasa atas segala sesuatu, ilmu yang kau beri kepada manusia untuk menjadikan insan-insan yang kekurangan dapat mengecap nikmat dunia. mereka tidak ketinggalan untuk merasai keindahan berbicara, merasai dan menghayati ciptaan tuhan. masyaallahaku jadi leka pulak dengan memerhatikan gelagat mereka berbual sesama sendiri. seorang insan yang sedang 'berbual' dengan rakannya yang 'melopong' mendengar perbualannya. sesekali menyampok tapi penuh minat. aku pasti cerita atau perkara yang di'dengar' itu tentu sekali menarik atau 'hot' agaknya. dan sang pencerita pula penuh keyakinan menyampaikan cerita. aku yang memerhati pun menjadi seronok, walaupun tak faham...

Wednesday, July 6, 2011

mak... aku rindu.

Ya rasul, rindunya aku pada emak. rindu yang teramat. kebelakangan ini ali asyik teringatkan mak. masa di tanah suci, aku bermimpi bertemu dengan mak, dan sempat bersalaman dengannya, dan aku dapat merasakan kelembutan tangan mak. sememangnya tangan mak sangat lembut. macam kulist dia baru mengelupas... yang tinggal isi tanpa kulit. mungkin aku melebih2... tapi itu mak akku.... aku terdengar2 gelak kecilnya. malah akak aku kata, gelak akupoun ada macammak. ya allah rindunya aku. bila anak2 pun bercerita tentang uwan mereka, aku mesti menangis hiba, tahun ini aku akan berpouasa tanpa mak lagi. begitujuga raya nanti. aku rindu nak bercerita tentang apa saja dengan mak. kekadang bila aku ada cerita yang nak aku ceritakan tanpa orang itu tahu, aku cerita kat mak. mak tak kenal orang tu, tapi, dia macam kenal dan enjoy apa yang aku ceritakan. macam kenal. tapi aku seronok.... sebab aku boleh bercerita tanpa prejudis. mak memang penengar yang baik. aku tak tahu berdosa ke tidak, tapi kekadang aku gossip dengan mak., tak mak tak kenal sapa. aduhai.... ya allah, aku mohon pada kamu ya allah, ampunilah dosa kedua ibu baoa ku, janganlah kau seksa mereka dengan api nerakamu mu ya allh, sesungguhnya mereka mengasihani kan aku semasa aku kecil ya allah. tanpa ihsannya aku tak mungkin berada di sini ya allah.... mak, macam tak c ukup rasanya jasa mu ku balas.... dan sebenarnya tak terbalas.....

Sunday, May 22, 2011

UMRAH

SALAM.... malu pulak rasanya... aku baru balek umrah... subahnallah. umrah??!! aku tak berani nak tulis tentang betapa tingginya harapan dan keinginan ku untuk ke sana, tapi takut nak dokumentasikan kerana takut tak jadi. takkut hampa kalau kehadiran belum diluluskan tuhan. takut kebenaran yangndi minta perlu menunggu giliran yang maha panjang. dengan itu, dengan membilang hari, sampai jugalah hariyang ditunggu2... masa dah sampai untuk check-in aku masihlah ragu=ragu... adakah aku akan sampai ke mekah mukarammah.... ya allah, tunaikanlah hajat ku ini.... aku terlalu ingin.

dah aku dah kembali! syukur. hingga ke hari ini (setelah dua minggu) aku masihlah terbayangkan kaabah. bila ku memandang ke arah kawasan lapang di sekolah, aku terpandangkan kaabah di tengah-tengah dan melihat manusia bertawaf. sepertimana satu petang aku bersama suami ku duduk di kaki tangga masjid memandang ke arah orang yang bertawaf... ya allah, aku merindui saat-saat itu. ya allah, kau akan menjemputku lagi kan. ??

subhanallah. aku tak tahu mana nak mula. apa yang ku buat, apa yang ku rasa, apa yang ku dapat? tapi yang pasti aku sering mengalirkan airmata. tengoh baitullah, aku nangis, tengok orang tawaf aku nangis, tengok orang sai aku nangis.... aku merindui lorong-lorong yang ku lalui aku rindu zam-zammu yallah.... tapi bila buka internet, nak tengok masjidil haram aje, masjid nabawi, kaabah, bukit uhud... aku menyesal kerana aku tak puas dengan rumah mu ya tuhan.

Wednesday, April 20, 2011

anak-anak


Ain.....
anak perempuan ku. satu-satunya. the only one. tiada dua. my bundle of joy. u can never guess how much joy she brings to me when she came to the world. tak boleh nak gambarkan. bila doktor kata, 'she' is doing fine..... masa buat ultra sound for the first time. memang masa tu taknak tahu seks anak sebab tak nak kecewa. so i kept it as long as 8 months..... and accidently, the doktor broke the news.... tak boleh nak ganbarkan kegembiraan. bila keluar pulak tu tak nangis.... tapi aku nampak jari halusnya memegang bibir cradle tempat dia diletakkan....sedang doktor sibuk stich me up, oh god.... subhanallah.... ihad the most beautiful girl in the world... semuanya cantik, semuanya baik, semuanya oklah.... nangis ok, berak ok, kencing ok.... tapi bila dah mula taknak dengar kata, aku naik angin. sebab anak perempuan mesti dengar kata emak. i did do that to my daughter. i tak bolehnak let go, buat apa pun mesti i yang tentukan. tapi tak lama lepas tu, i think, 5 6 years kot... i let her go. biar dia buat decision. tapi by that time, she has already terpengaruh dan terikut=ikut aku. so, kalau she is dressed horibbly, blame me... if she think and talk like me, blame me.... i am so sorry ain. i hope as days goes by, please have your own identity.... you are not obligated to me, have yhour own life..
anyway, sebagai anak perempuan, aku rasa nak kongkong dia dan nak letak dia dalam jagaan kau selama-lamanya... tapi at the same time, i want her to encjoy life. enjoy youth. enjoy varsity life. enjoy friends. enjoy boyfriends... if any... whatever it is, go, .... go and live life. BUT always remember your line, garisan halus yang memisahkan halal dan haram. dosa pahala. baik buruk, baik jahat.... umi dan ayah.... if u were to break my heart it will break into thousand pieces... and will remain broken forever.... but i will always love u...

Tuesday, April 19, 2011

umrah


Aku tak pernah terbayang yang aku akan pergi umrah... walaupun pernah berangan, tapi takut sangat... macam susah sangat dan mahalsangat... mengapa kita tak mahu percaya pada tuhan. percaya maksud aku, kita memang percaya adanya tuhan, kita sembah tuhan, kita selalu sebut, rezeki di tangan tuhan.... tapi, benar-benarkah kita 'PERCAYA' dan bertul2 bersandar pada tuhan. contohnya, mencari barang. adakah yang di pandang sekeliling kita, kita nampak semuanya. kalau betul kita nampak semuanya. tak le kita tertinggal barang, kunci dicari tak jumpa, padahal depan mata aje. beg yang hendak dibawa dah letak tepi pintu, tapi bila keluar rumah, tetap juga tertinggal. kita pernah terfikir tak, pandangan kita adalah apa yang diizinkan allah sahaja. oleh itu, bila kehilangan barang, atau mencari barang yang tersalah letak, berhenti sejenak, duduk dan bertafakur bertanyakan pada ALLAH, ya allah, kau yang berkuasa atas sesuatu, janganlah kau tutup pandanganku dari apa yang perlu aku nampak. sesungguhnya segala pandangan, pendengaran, pertturan, pemikiraan, adalah di bawah kawalan tuhan.... mintaklah pada tuhan. jangan main redah aje cari sana-cari sinidengan sombongnya.... tanyalah pada tuhan....
apa kaitannya dengan pergi umrah ni.?? entahlah.... mengapa dari dulu taknak pergi. dah harga naik sampai rm5000 baru tergerak hati. sejak suami ku bersuara untuk pergi umrah, aku tak berhenti bersyukur bahawa suamiku sebenarnya taklah sekeras hatinya.... kalau dia dah nak pergi umrah itu, aku rasakan suamiku adalah yang lelaki yang terbaik bagi ku. sangkaan ku padanya aku berdoa, adalah salah, dan ssemoga dia kekal selepas balik umrah nanti, dan seterusnya insya allah ke Haji satu hari nanti. aku sukakan perubahan suami ku. dia mula belajar mengaji. bukan dia tak pandai, tapi dah lama tak mengaji, takbaca al quran, tentulah tergagap-gagap, tapi bila dah beberapa kali baca dengan Paman, aku nampak perubahannya. ada kesungguhan dan every determin. aku berdoa, dan berdoa dengan sangat, semuga perubahan ini membawa perkara baik buat dirinya, aku dan keluarga.
pergi umrah. mengapa ya? dulu aku rasa bahawa kalau dah berkemampuan untuk pergi umrah sebenarnya kita dah sepatutnya pergi haji. pernah juga aku mempertahankan pendapat aku sebegitu walaupun bercakap dengan ustaz. tapi bila suami ku menyuarakan hendak pergi umrah, aku tak fikir 2 kali.... hilang pendapatku yang dulu. hati aku terus melonjak.... ya allah, aku hendak ke rumah MU..... hingga ke saat entri ini, aku masih belum menerima VISA dari kedutaan.... adakah aku t..... ya allah... janganlah kau duga hati aku ini dengan kerinduan kepada Baitullah mu. sekarang ini bila tengok gambar-gambar mekah, masjid di madinah, aku dah mula nak sebak. terkadang berlinang air mata. bila betul-betul berhadapan nanti, bagaimana??? ya allah, izinkanlah aku bertandang ke rumah mu ya allah... berikanlah aku peluang ini ya allah...
namun, adakah aku bersedia? doa tak ku hafalkan. sibuk dengan kerja-kerja nak ditinggalkan untuk pelajar di sini. tertib umrah, aku dengar bila suamiku yang membaca buku-buku. dan sememamngnya, suamikulah yang bersungguh-sungguh mencari maklumat mengenai umrah dan ziarah, dan dari dialah aku mendapat info... berbual dengan Ina tadi, baru aku tahu dia akan ke Haji tahun 2013 nanti. dah mula pergi kursus haji. katnya, tahankah kita bila kita di duga nanti. misalnya mulutkita yang celupar ni...bolehkah kita mendiamkan diri bila perkara tak berkenan di hati kita berlaku? lauk tak sedaplah, busuklah, gelaplah... ya allah boleh kah aku menerima segala kekurangan dengan hati yang redho??? bantulah akulah ya allah!! namun aku redho untuk di hukum, sekiranya itulah yang paling sesuai untuk ku, tapi janganlah kau hukum aku dengan hukuman yang tak tertanggung oleh ku.... ya allah, restuilah hambamu yang hendak berubah ini. kuatkanlah semangat dan azamku ya allah...
pembaca: doakan aku selamat pergi dan kembali.

Thursday, January 20, 2011

BORINGNNYA...


Salam. lama dah tak update. meskipun mungkin tak ada orang yang membaca. itulah ruginya takk belajar tinggi pada usia muda. orang yang seusia kita dah jadi orang 'besar' dan jadi orang atasan kita. bagus tak bagus orang itu, tapi dek 'seniority' maka naik lah mereka, layaklah mereka memegang ketua jabatan la, ketua itu, ketua ini, dan kita, walaupun dan bertahun malah puluhan tahun lebih dari 1/4 abad bekerja, tapi jadilah kita orang bawahan mereka. disebabkan kita tak ada sekeping ijazah dan memulakan kerja dengan sijil aje.... tak salah mereka pun. namanya rezeki. aku pun tak boleh kata apa-apa, nak merungut poun tak boleh, nak melawan apatah lagi. redho... cuma kekadang perit rasa hati, bila kita ditendang sesuka hati, kesana ke mari, ikut kesesuaian mereka. ataupun aku memang patut kot.... hahahahaha.... namun, pujuklah hati, kita kerja untuk allah. rezeki di tangan tuhan. and i believe, we get what we worked for... apa di tuai itulah hasil.... so, i keep my distance. do what i can manage, at my own pace and space.... i may be a slow walker, but i do not walk backward... nice advice huh, i read it on a wall, faded and dry-out but deep in meaning. anyway, i got noone to blame, but myself. tapi, cukuplah bila ada seorang pelajar memberitahu adiknya, she is the besst teacher in the world.... huh! tersentuh dan hampir mengalir airmata. (dalam hati, apa sangatlah yang dah aku ajarkan budak ini....) seorang pelajar memberitahu aku, saya takkkan lupakan cikgu kerana cikgu pernah marah dia sebab tak pakai kain dalam. sampai hari ini, dia tak pernah lupa pakai kain dalam, dan sangat benci bilan orang lain tak pakai dalam apatah lagi kain yang dipakai sangatlah jarangnya... cukuplah. lega...sayonara.