Wednesday, December 8, 2010

ANAK KU KAHWIN SUDAHNYA....


Adakah ini satu permulaan atau pengakhiran... permulaan aku akan kehilangan anak sulong ku, kerana berkahwin. kahwin dengan pilihan hatinya. aku suka. aku gembira. tapi aku juga sedih, risau, sayu, takut..... bermacam perasaan bercampur baur. kenapa? mungkin didikan aku belum mencukupi. adakah dia akan tabah menghadapi masalah rumah tangga. ketidakcukupan wang. aku perlu tolong setiap kali? dia tak mintak tapi, tapi sendiri merasakan dengan gajinya yang tak seberapa, bagaimana dia nak manage kehidupan dia. bolehke dia survive dengan isterinya.... mana nak cari rumah sewa, nak bayar deposit, bayar duit api dan air.... nak isikan rumahnya dengan kelengkapan .. mungkin tak perlu banyak, tapi boleh kah dia menahan nafsu untuk tidak mempunyai kepelbagaian barangan dirumah sperti yang di alami di rumah aku atau mertuanya. serba lengkap dan serba ada.... cukupkah perbelanjaannya nanti, bila sakit pening? nak ke dia datang kepada ku untuk meminta pertolongan? adakah dia akan mencari sumber lain untuk menanmpung perbelanjaannya. atau dia akan mencuri, rasuah, atau sumber lain untuk menambah duit??? aduiiiii, takkut aku dibuatnya. camana hah? aTAU AKU tak perlu risau, takut, sedih, sebab, dia dah besar panjang, dah kawin pun... lantaklah dia nak hidup macamana.... nak makan tak makan, nak pakai baju, tak pakai baju.... duit cukup tak cukup... can i just let it be.... just keep quiet... just.. just.. just.....

No comments:

Post a Comment