masa kecil dulu walaupun sepupu tapi jarang sekali bertegur sapa... iyelah, sebab dia lelaki, duduk di kampung yang jarang-jarang kami balik, bapa dia garang nak mampos, penyebab kami memangnya takut nak jejak ke rumah Acik. Rumah maksaudara yang dihujung sekali. rumah maklang kami suka, rumah makngah panjat pokok jambu, rumah maklong ok aje, sebab tak ada geng sebaya... tapi rumah Acik, besar, tersergam(pada masa itulah) gelap, kemas teratur.... strict sangat rasanya keluarga tu... so teratur dan rigid. Pengaruh Pakcik Shaari kot, dia polis, so, kegarangannya menyelubungi anak-anaknya. menjadikan anaknya lembut, tak angkat suara, tutur bicara teratur, sangat menghormati makcik-makcik yang lain. so, dengan itu, kami sepupu ni memang 'distance' sangatlah dengan keluarga itu.
aku masuk maktab dengan dia. dengan tak disangka-sangka.... macamana tahu/... baru beberapa hari masuk maktab, semasa nak hantar pinggan ke besen basuh, terserempak dengan dia... La.... kecilnya dunia. terus bertegur sapa, walaupun sebelum ini sehingga umur 19 tahun itu, tak pernah bersapa pun, cuma senyum dari jauh aje... dan tersebarlah, aku ada sepupu... orangnya, jalannya, memang lembut., slow teratur... bukan lembut auw-auw... tapi berirama tapi pemain takraw, sparring partner dengan pakwe aku( kini suami aku).. boleh ngam pulak tu. dan dia tahu aku berpakwe. tapi beberapa kali balik kampong di akan ajak aku. pergi rumah kakak dia kat Paya Jaras, dan pernah ajak aku keluar makan-makan kat 'benteng' ada apa-apa tak kalau camtu. tapi camtu ajelah... takde apa-apa... CUMA, pada satu hari, emak tanya aku, Acik Imai berkenan nak kawinkan aku dengan dia??!!! tercengang, terkejut, terkesima... rupanya emaknya yang suruh bawak aku balik kg lah, jalan rumah kakak dia lah... dia kata, cikgu sama cikgu oklah tu dah.... ah sudah!!! TAPI, kami sepupu, seperut pulak tu... (seperut means, dari ibu yang sama apabila emak itu adik
So i hidup seterusnya tanpa mengetahui apa yang berlaku disebaliknya... never got to know why and what happens. i got married, he got married (very late)... and he got into trouble (credits) . quit teaching, last, kerjanya jadi kontraktor buat apa-apa di bawah naugan Tok Mat. Pernah jadi orang kuat PKR, dan kini BN semula, tetap lemah lembut.
tapi kini dah tiada... semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman, semoga Tuhan mengurniakan dia rahmat, belas dan mendapat keredhaan ilahi atas kelembutannya pada ibu bapanya, kawan-kawannya, dan aku, sepupunya.....
No comments:
Post a Comment