Wednesday, March 26, 2014

life....

waduh.... lama betul tak blogging...  dah banyak benar yang berlaku.... yang dah meninggal, yang hidup, yang baru.. yang dah bertukar... waduh banyaknya nak update... walaupun orang tak baca...hahahaha.....
2013.....  masih lagi di SMKKBSR, wak tamar dah meninggal, hakim dapat anak lagi satu, (cucu bertambah leee), halkal dah beli motor baru, walau pun belum bekerja.... aiman di tkt 3, israq dapat anak lagi.  ashraf dah nikah, hani dah bertunang.  ayon, tunang tak jadi, enab pergi umrah, aju sambung belajar, amirul dapat 1 a. hairy dapat 10 a, ini cerita 2013.

2014

Nenek dah meninggal, anit dah meninggal, kak ani dah meninggal, kamil dah meninggal....  as you aged... this iis bound to happen.  people around you just vanish and say good bye.  emak kajang meninggal...azean irdawaty dah meninggal... (sapa tu...)  enab pergi umrah lagi, ain kerja jagi cikgu tuition, haikal dah kerja kat labuan, hatta masih begitu belum kawin lagi, aiman dapat 4 a sahaja.  diana dah pindah sekolah...aduhai....aku dah beli kereta toyota rush (idaman ---hahaha)

anak-anak kita

Anak...\

Kita ingat kita kenal, kita ingat kita faham, kita ingat kita tahu, tapi macam air di gengam.  Kita ingat dia digengaman kita, tapi SALAH....  MACAMANA RAPAT PUN JEMARI KITA  air tetap juga keluar jari jari kita tanpa boleh kita halang.  rapat camana pun jari kita TAKKAN dapat kita menampungnya.  itu tanggapan aku pasal anak-anak.  sebab mereka adalah individu yang tersendiri, they have their own views, ways, desires, citarasa, believes...  like it or not, sometimes, we just have to let go...   Let go, with their own believers, ways, desires....  kita hanya boleh didik sebaik mungkin, then learn to let go.  let them be, whatever they want to be...  KADANG cakap salah, tak cakap pun salah.  ingatkan diorang pun salah, tak ingatkan pun salah...  dia kata kita membebel....  buka ke itu kerja ibu dan ayah.. membebel... takkan nak rotan kot.....  takkan nak penampar supaya dia mendengar...so kita boleh cakap ajelah.... tapi diaorang salah faham....  okay,  Camni, cukup aje, 21, 22 tahun kita lepaskan dia...let them go.  make their own decision, if yu dah taught them well, they are sure to make good decision... what do you think?

Did i post my last post on DEATH?  well, mungkin I malu nak post atau, terasa macam bersalah untuk post... anyway, today... i met a friend.  transferred to a new school, a few years back.  i've known her when she was with 4 children, now she has six...wow... for a small petit lady, she is sure something...  give birth to 6 kiddos and now she is a widow... a WIDOW... not with a dead husband, cerai hidup kata orang melayu... salah ke istilah widow tu.. and she had the first a boy who is a hyperactive...  how can she manage?  tapi allah takkan membebankan hambanya dengan bebanan yang tak tertanggung oleh nya...  oh my, how lucky i am.  52, with 2 grandchildren, with a husband, who still loves me (i think) still have time to mingle with friends of my own at may own time, go places i wish to go...  ya allah, i bersujud kepada mu...  what more can i ask...aku bersyukur ya allah, mungkin tak kaya sangat, mungkin tak lawa sangat, mungkin tak sehebat mana, tapi aku tetap bersyukur ya allah.  aku bermohon berilah belas kasihan KAU dan rahmatilah kelaurgaku... sesungguhnya tak belas kasihan dan rahmat mu aku mungkin tersungkur...  ya allah, berilah taufik dan  hidayah, dan aku amat percaya apa yang aku peroleh adalah piihan dari mu, dan tentu sekali yang terbaik buat ku.  kau berikan aku suami, anak-anak, menantu dan tentulah yang terbaik buat ku...ya allah ya rahman, kau lindungilah kawan ku itu dari malapetaka dan jangan lah kau duganya dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya allah.  permudahkanlah urusan dunianya ya allah...permudahkanlah perjalanan dia dan anak-anaknya ya allah...AMIN

Thursday, February 27, 2014

ANOTHER KAMATIAN

ADUHAI... seorang sepupu meninggalkan aku...  Lemah lembut tutur kata.  seorang gentlemen.  tak ada orang memimpin tangan aku bila nak naik bas. buka pintu kereta.  jalan di titi batang kelapa...  dia menghulurkan tanpa diminta, tanpa niat tak baik...  senyum mainan bibirnya, aku tak tahu apa yang bermain di fikirannya... dia suka kat aku ke... ada perasaan lain selain dari seorang sepupu dengan sepupu yang lain.
 masa kecil dulu walaupun sepupu tapi jarang sekali bertegur sapa...  iyelah, sebab dia lelaki, duduk di kampung yang jarang-jarang kami balik,  bapa dia garang nak mampos, penyebab kami memangnya takut nak jejak ke rumah Acik.  Rumah maksaudara yang dihujung sekali.  rumah maklang kami suka, rumah makngah panjat pokok jambu, rumah maklong ok aje, sebab tak ada geng sebaya... tapi rumah Acik, besar, tersergam(pada masa itulah) gelap, kemas teratur.... strict sangat rasanya keluarga tu... so teratur dan rigid.  Pengaruh Pakcik Shaari kot, dia polis, so, kegarangannya menyelubungi anak-anaknya.  menjadikan anaknya lembut, tak angkat suara, tutur bicara teratur, sangat menghormati makcik-makcik yang lain.  so, dengan itu, kami sepupu ni memang 'distance' sangatlah dengan keluarga itu.
aku masuk maktab dengan dia. dengan tak disangka-sangka....  macamana tahu/...  baru beberapa hari masuk maktab, semasa nak hantar pinggan ke besen basuh, terserempak dengan dia...  La.... kecilnya dunia.  terus bertegur sapa, walaupun sebelum ini sehingga umur 19 tahun itu, tak pernah bersapa pun,  cuma senyum dari jauh aje...  dan tersebarlah, aku ada sepupu...  orangnya, jalannya, memang lembut., slow teratur... bukan lembut auw-auw... tapi berirama tapi pemain takraw, sparring partner dengan pakwe aku( kini suami aku)..  boleh ngam pulak tu.  dan dia tahu aku berpakwe.  tapi beberapa kali balik kampong di akan ajak aku.  pergi rumah kakak dia kat Paya Jaras, dan pernah ajak aku keluar makan-makan kat 'benteng' ada apa-apa tak kalau camtu.  tapi camtu ajelah... takde apa-apa... CUMA, pada satu hari, emak tanya aku, Acik Imai berkenan nak kawinkan aku dengan dia??!!!  tercengang, terkejut, terkesima...  rupanya emaknya yang suruh bawak aku balik kg lah, jalan rumah kakak dia lah...  dia kata, cikgu sama cikgu oklah tu dah....  ah sudah!!!  TAPI, kami sepupu, seperut pulak tu... (seperut means, dari ibu yang sama apabila emak itu adik

beradik, ikut negeri sembilan tak leh kawin....  kalau kawin juga, kena denda, ke buang daerah dan lain-lain lah....  Emak, melenting,  eh eh akak ni, kita adik beradik, diorang tu sepupu, seperut pulah tu....  habis disitu...
So i hidup seterusnya tanpa mengetahui apa yang berlaku disebaliknya...  never got to know why and what happens.  i got married, he got married (very late)...  and he got into trouble (credits) . quit teaching, last, kerjanya jadi kontraktor buat apa-apa di bawah  naugan Tok Mat.  Pernah jadi orang kuat PKR, dan kini BN semula, tetap lemah lembut.
tapi kini dah tiada...  semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman, semoga Tuhan mengurniakan dia rahmat, belas dan mendapat keredhaan ilahi atas kelembutannya pada ibu bapanya, kawan-kawannya, dan aku, sepupunya.....

Tuesday, January 21, 2014

Hantu yang nampak dan yang tak nampak..

Hai, salam, selamat bertemu kembali.... minggu ni penuh persoalan. ketua jabatan kami kena sampuk... she is 54, 55 years old and she became histerical last night. that's what we have been told by the husband. she tempted to ran away from home at 3 inthe morning.... that's serious... making accusations,. saying vulgar words... and not behaving like the usual... that's according to her husband.... 'she is not herself'... knowing her for so many years, shse has never acted like it before... it seem thatit has been 3 months she acted that way.
well, as someone that has gone through things like this, although it's only guesses... there is more to it than that. it quite hard to believe she went histerical due to the unseen thing in school... ( i dont believe the thing is that strong)anyway... may god bless her..

2014... bermulanya...

aduhai lamanya.....  masa cepat berlalu, 2014 dah menjengah... dan blog aku, terbengkalai... tak tulis tulis, tak update update.... bertahun aku tak menjengah ke laman ini.  walaupun berkali-kali aku  berbisik dan ingin ku catatkan seribu perkara tapi terlupa juga dek rutin harian.  sememangnya aku nak catatkan luahan hati ku, rahsia, harapan, derita, gembira, silap salahku, tapi kealpaan menyekat.  dan kekadang, tak terlukis dek sebab rasa bersalah pada diri sendiri.   malu pada diri sendiri, dan macam-macam lagi....  salahkah, berdosakah...  bercampur baur... walaupun tak siapa tahu...
baru-baru ini aku kehilangan. bermula dengan kak ani, sepupu sebelah abah.  hidup terlantar dibiar sepi oleh anak sendiri.  hinggalah kami, sepupu-sepupu campur tangan, menyumbang seberapa mampu dan menghantarkan kepada anaknya yang agak bertanggungjawab untuk menjaganya.  sememangnya... duit adalah kuasa.  dengan bayaran tetap, maka terbelalah emak tu bersama imbuhan setiap bulan dari kami semua.  bukan nak mengungkit tapi itu realitinya... duit sebenarnya boleh membeli kebahagiaan.  kemudian, pak saudara di sebelah suami.  terlantar beberapa bulan, hingga mati kaki tangan... tak perlu katakan apa yang tersirat...  tak berapa hari, sepupu sebelah mak... muda tak muda tapi limapuluhan lah...  sihat walafiat, ganteng kata orang... terbujur kaku juga akhirnya.... dalam bulan yang sama, moyang.  nenek suamiku.  terlantar hampir setahun mengucapkan selamat tinggal dalam bahasanya tersendiri... lenyaplah satu tokoh yang tak tertangguk olehku ilmu-ilmu dunianya.... masak, mengubahnya, macam-macam kepandaiannya...  semoga keahlianyanya itu dapat dimanfaatkan oleh anak dan cucunya dan menjadi amal jariah untuknya.  semuanya berlaku dalam satu bulan yang selanya tak berapa hari....  terbaru, mak mertuaku.  baru aku melihat suamiku menumpahkan airmatanya, dan menangis spt anak-anak...  kenapa???? entah...
rentetan dari itu, hari-hari dari whatsapp rintihan dan rayuan adik2 yang bersama-sama emak dan ayah yg tak berapa nak 'ayah'...  sedih juga membaca coretan mereka.  bgm mereka lalui kehidupan bersama kemiskinan dan bagaimana mereka menenpuhnya bersama-sama, jerih perih emah membesarkan anak-anak yang sepuloh dengan segala macam dugaan.  akibat mengikut kata hati, emak tak berani mengadu apalagi merintih dengan sikap danperbuatan suami...  pahitnya derita... tapi itu dulu... anak-anak sekarang hanya sekadar bernostalgia dan mengimbas perjalanan ke alam dewasa...  memang layak di jadikan buku, ceritera dari sepuloh adik beradik yang mempunyai perspektif yang berbeza....  dari emak yang satu.  yang kini mendiami lahat sejuk dan beku.  semoga lahat itu adalah satu dari taman syurga, harum dan aman berkat dari doa anak yang soleh dan solehah...  apa lagi selepas ni,   ya allah, kau yang menyusun diari hidup ku... aku terima seadanya apa juga yang tertulis untuk ku... sebhanallah.

Thursday, February 16, 2012

2012


tahun baru... walaupun dah terlewat, tapi well, can never be too late. Happy New Year. 2011, banyak kenangan. januari disambut dengan berita kehamilan menantu ku. maknya dlm masa lapan bulan lagi aku akan dapat cucu. kemudian, kami sedang memohon untuk umrah..... UMRAH!!!!!! seronoknya.... umrah pun beres. kemudian tepat 27 Ogos lahirlah cucu ku yang pertama....TUAH RAYYAN. aduhai.... sihat, comel, i cannot ask for more.. ya allah, begitu sempurna ciptaan mu dan kurniaan mu kepada ku tidak terucapkan... aku berdoa... berharap, biarlah hingga ke hujung nyawa kau kekal dalamd keluarga ku sebagai anak menantu ku.... dunia dan akhirat. sepupu ku pula mendapat anak juga, namun tuhan maha mengetahui, kelahiran anak DS memang tidak dijangkakan. namun, anak yang istimewa adalah untuk ibu yang istimewa..... pahala mu bertambah setiap hari dengan ihsan, kesabaran, ketabahan, keihlasan mu membela, membelai, memeluk anakmu itu dengan kasih sayang. tidak ada cacat celanya.... cuma keberkahan yang melimpah-limpah untuk mu.