Salam. lama dah tak update. meskipun mungkin tak ada orang yang membaca. itulah ruginya takk belajar tinggi pada usia muda. orang yang seusia kita dah jadi orang 'besar' dan jadi orang atasan kita. bagus tak bagus orang itu, tapi dek 'seniority' maka naik lah mereka, layaklah mereka memegang ketua jabatan la, ketua itu, ketua ini, dan kita, walaupun dan bertahun malah puluhan tahun lebih dari 1/4 abad bekerja, tapi jadilah kita orang bawahan mereka. disebabkan kita tak ada sekeping ijazah dan memulakan kerja dengan sijil aje.... tak salah mereka pun. namanya rezeki. aku pun tak boleh kata apa-apa, nak merungut poun tak boleh, nak melawan apatah lagi. redho... cuma kekadang perit rasa hati, bila kita ditendang sesuka hati, kesana ke mari, ikut kesesuaian mereka. ataupun aku memang patut kot.... hahahahaha.... namun, pujuklah hati, kita kerja untuk allah. rezeki di tangan tuhan. and i believe, we get what we worked for... apa di tuai itulah hasil.... so, i keep my distance. do what i can manage, at my own pace and space.... i may be a slow walker, but i do not walk backward... nice advice huh, i read it on a wall, faded and dry-out but deep in meaning. anyway, i got noone to blame, but myself. tapi, cukuplah bila ada seorang pelajar memberitahu adiknya, she is the besst teacher in the world.... huh! tersentuh dan hampir mengalir airmata. (dalam hati, apa sangatlah yang dah aku ajarkan budak ini....) seorang pelajar memberitahu aku, saya takkkan lupakan cikgu kerana cikgu pernah marah dia sebab tak pakai kain dalam. sampai hari ini, dia tak pernah lupa pakai kain dalam, dan sangat benci bilan orang lain tak pakai dalam apatah lagi kain yang dipakai sangatlah jarangnya... cukuplah. lega...sayonara.
HANYA SUARA YANG KERDIL TAK BERNADA. KATA KECIL TAK SEMPURNA, HANYA UNTUK MINGISI MASA LAPANG YANG JARANG2 ADA, DAN UNTUK KEPUASAN DIRI WALAU PUN ORANG TAK BACA.
Thursday, January 20, 2011
BORINGNNYA...
Salam. lama dah tak update. meskipun mungkin tak ada orang yang membaca. itulah ruginya takk belajar tinggi pada usia muda. orang yang seusia kita dah jadi orang 'besar' dan jadi orang atasan kita. bagus tak bagus orang itu, tapi dek 'seniority' maka naik lah mereka, layaklah mereka memegang ketua jabatan la, ketua itu, ketua ini, dan kita, walaupun dan bertahun malah puluhan tahun lebih dari 1/4 abad bekerja, tapi jadilah kita orang bawahan mereka. disebabkan kita tak ada sekeping ijazah dan memulakan kerja dengan sijil aje.... tak salah mereka pun. namanya rezeki. aku pun tak boleh kata apa-apa, nak merungut poun tak boleh, nak melawan apatah lagi. redho... cuma kekadang perit rasa hati, bila kita ditendang sesuka hati, kesana ke mari, ikut kesesuaian mereka. ataupun aku memang patut kot.... hahahahaha.... namun, pujuklah hati, kita kerja untuk allah. rezeki di tangan tuhan. and i believe, we get what we worked for... apa di tuai itulah hasil.... so, i keep my distance. do what i can manage, at my own pace and space.... i may be a slow walker, but i do not walk backward... nice advice huh, i read it on a wall, faded and dry-out but deep in meaning. anyway, i got noone to blame, but myself. tapi, cukuplah bila ada seorang pelajar memberitahu adiknya, she is the besst teacher in the world.... huh! tersentuh dan hampir mengalir airmata. (dalam hati, apa sangatlah yang dah aku ajarkan budak ini....) seorang pelajar memberitahu aku, saya takkkan lupakan cikgu kerana cikgu pernah marah dia sebab tak pakai kain dalam. sampai hari ini, dia tak pernah lupa pakai kain dalam, dan sangat benci bilan orang lain tak pakai dalam apatah lagi kain yang dipakai sangatlah jarangnya... cukuplah. lega...sayonara.
Wednesday, December 8, 2010
orang kata.
ANAK KU KAHWIN SUDAHNYA....
Adakah ini satu permulaan atau pengakhiran... permulaan aku akan kehilangan anak sulong ku, kerana berkahwin. kahwin dengan pilihan hatinya. aku suka. aku gembira. tapi aku juga sedih, risau, sayu, takut..... bermacam perasaan bercampur baur. kenapa? mungkin didikan aku belum mencukupi. adakah dia akan tabah menghadapi masalah rumah tangga. ketidakcukupan wang. aku perlu tolong setiap kali? dia tak mintak tapi, tapi sendiri merasakan dengan gajinya yang tak seberapa, bagaimana dia nak manage kehidupan dia. bolehke dia survive dengan isterinya.... mana nak cari rumah sewa, nak bayar deposit, bayar duit api dan air.... nak isikan rumahnya dengan kelengkapan .. mungkin tak perlu banyak, tapi boleh kah dia menahan nafsu untuk tidak mempunyai kepelbagaian barangan dirumah sperti yang di alami di rumah aku atau mertuanya. serba lengkap dan serba ada.... cukupkah perbelanjaannya nanti, bila sakit pening? nak ke dia datang kepada ku untuk meminta pertolongan? adakah dia akan mencari sumber lain untuk menanmpung perbelanjaannya. atau dia akan mencuri, rasuah, atau sumber lain untuk menambah duit??? aduiiiii, takkut aku dibuatnya. camana hah? aTAU AKU tak perlu risau, takut, sedih, sebab, dia dah besar panjang, dah kawin pun... lantaklah dia nak hidup macamana.... nak makan tak makan, nak pakai baju, tak pakai baju.... duit cukup tak cukup... can i just let it be.... just keep quiet... just.. just.. just.....
Monday, November 15, 2010
Nak percaya, tak nak percaya...
Once bitten twice shy... itu orang kata... takkan dah kena gigit sekali nak kena juga lagi. tapi nampaknya macam tak shy=shy pun.... atau pun memang benar Mahathir kata, melayu mudah lupa. enathlah.. atau aku saja yang merasa. hari ini aku jumpa dia bergambar dengan rakan-rakan lama dari sekolah lama. rupanya dia pergi family day mereka, TANPA bagi tau aku... why? why is it that difficult to tell me, if you are really sincere... why must u go secretly... but sorry to tell u, i found out. am i being paranoid?? with so many things to think about, he manage to slip out and join his friends??? okey, if i were to do the same thing. then what? will it be okay for you. it's easy for u to just walk out and go, and spent hours outside. what if it's me who does that. when i'm angry, just walk the door, wtart the engine.. and just sat by the beach... when my anger simmers down, i walk in, and acted as if nothing has happens... that easy huh??
Monday, September 20, 2010
RAYA DATANG LAGI...
tahun ni, anak dara aku cakap masa minta maaf, biarlah aku yang menguruskan jenazah dia kalau dia mati... ish nape pulak. kalau boleh semuaorang nak anak-anak diaorag mengurusakan jenazah mak dan ayah mereka dan dalam jangkaan tentula yang tua mati dulu... tapi alasannya, dia tak boleh hidup kalau aku mati dulu.... aduhai... itu kata hati mu nak?? tiada yang lebih membahagiakan dari ayat-ayat sayu dan sendu spt itu di pagi raya.... serta merta aku menjadi sebak.. ya tuhan, syukur alhamdulillah kau kurniakan aku seorang anak perempuan yang menyayangi diriku... tu saja pinta ku.... post aku yang terlewat, tidak dipublish.. ramadhan yang lalu...
Thursday, July 29, 2010
anak-anak
Saturday, July 3, 2010
isteri! isteri? isteri.....
Kita manusia biasa. Banyak buat dosa, banyak buat pahala juga. Kadang-kadang kita hanya rasa kita baik, dan sentiasa buat baik, buat pahala.... ye ke?ataupun kita ni sebenarnua sentiasa buat jahat dan dapat dosa all the time. Mungkin juga kan. Kalau kita tak bertudung, semasa kita bekerja, maknanya kita sentiasa dalam keadaan berdosa..... so, berdosalah kita sepanjang masa. Dosa pahala bukan macam beri pemarkahan dalam peperiksaan. U can be pinalised for the mistakes that u make, only once, but not the second or the third time. For eg, kalau salah eja masyarakat. Dan ulang ejaan yang sama sepanjang karangan tu, u akan disalahkan sekali aje.... yang lain tak salah lagi. Tapi bab disa dosa dan pahala, kita boleh berdosa sepanjang masa. Malah dosa kecil akhirnya boleh jadi dosa besar jika tak berusaha langsung untuk membaikinya..... kalau buka aurat sepanjang masa, sepanjang masa lah kita berdosa. Besar atau kecilnya dosa itu, Tuhan punya perancangan, u know u have to do something, dan jangan lah kita mati dalam keadaan kita berdosa sokmo... aku pernah dengan ceramah, kalau kita mati dalam keadaan suami kita sayang sangat kat kita, kita boleh masuk syurga... jaga-jagalah suami masing-masing supaya sentiasa sayang kat kita... senyum sokmo dia , siang dan malam.
Orang kata juga, dibelakang seorang yang Berjaya, berdirinya, seorang isteri. Betulke... kalau isteri tak bantu, suami tak Berjaya ke?atau kurang Berjaya. Tapi jarang benar aku dengar suami memmuji isterinya selepas dia mendapat anugerah ke, tokoh2 ke... jawapannya usaha gigih tanpa jemu dan berusaha sedaya upaya .... ada tak orang kata, isterinya menolong dia mengosok baju, suopaya dia sentiasa namapak kemas dan terjaga. Isterinya buat sarapan setiap pagi, sebab suami akan bekerja kuat sepanjang hari hingga lupa makan dan minum.... sarapan itu membantu dia bertenaga sepanjang h ari. Atau pun mungkin isteri memberi idea, kemudian suami mengaplikasi bila dia bekerja.... ialah, kadang-kadang idea- simple pun bernasj uga jika kena pada tempatnya... adatak suami cakap, ini idea isterinya.... tentu tidak., sebab takut dia dikatakan mengikut telunjuk isteri.... pernah jadi pada aku sebenarnya... bebarapa kali, dia menggunakan idea aku, yang pada mulanya dia perlekeh,,,, aje, dengar pun tidak, tapi bila pergi pejabat, idea tu diterima,.... hingga dapat pujian dari pihak atasan, ingat tak dia dari siapa datangnya idea itu.... nak terima kasih kepada isterinya... kirim salam. Isterinya pun tahuu dari orang lain... harammmmm kot dia nak share dengan isterinya, apatah lagi menyebutnya dalam majlis penghargaan.... aduhai.... sian para isteri... ego suami. jadi pada aku juga, masa mula-mula presentation guna power point. aku memang mengajar subjek itu, word procerssing, so power point aku okey lah juga. setakat terbang-terbang, bunyi=bunyi takjadi hal lah. malah buat ia continous tanpa henti pun aku dah belajar buat. so member kita ni ada assignment. aku pun ajarlah sikit-sikit.. apa yang aku tahu, dia buat tak tahu aje.... buat endah tak endah aku ajar. so aku pun ada harga diri, pride... okey lah setakatitu aje lah. satu hari selepas beberapa minggu hal tu berlaku, dia balik dari kelas, tergesa-gesa nak tunjukkan kat aku apa yang kawan dia buat. K.A.W.A.N dia buat. !! la.... aku ingatkan hebat sangatlah.... rupa-rupa tak lebih dari apa yang aku ajar kat dia. in fact, biasa-biasa aje.... aku pandang muka dia yang keriangan macam anak-anak diberi gula. dan aku berkata dalam hati.... ehmmm.. lelaki oh lelaki. kalau ikutkan memang kecik hati... tapi apa kan daya... adakah aku saja dalam dunia ni y ang mengalami hal ini atau ini perbuatan biasa sang suami buat pada isteri. lebih hairan hasil dari kerja orang lain, berbanding dengan isterinya., ntah-ntah... 'kawan' yang lagi satu tak??